
Buku ini amat berguna sebagai pesanan dan panduan kepada kita semua agar tidak mudah terpedaya dengan tipu daya penyebar ajaran sesat yang kian berleluasa mempengaruhi akidah umat islam masa kini ...di sini saya ada menyalin beberapa huraian daripada buku ini mengenai beberapa kaedah yang dijalankan oleh penyebar ajaran sesat untuk mempengaruhi kita semua.......
TEKNIK PENYEBARAN AJARAN SESAT
Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, bahawa ajaran sesat menyeludup masuk
dan meresapi pemikiran umat Islam di negeri-negeri dalam Malaysia khasnya dan dunia Islam amnya adalah bertitik tolak daripada kelicinan metod ataupun tektik penyebarannya yang sangat licin serta amat licik.
Antara tektik penyebaran ajaran sesat adalahseperti berikut:
1) Penyebar-penyebar akan membuat kajian yang rapi tentang keadaan alam sekitar, latar belakang dan segala berkaitan dengan seseorang yang hendak disesatkannya. Andainya mereka dapati orang yang hendak dipengaruhinya itu terlalu kuat imanya dan tinggi ilmu pengetahuannya, jarang sekali percubaan penyebaran ajaran sesat itu dilakukan keatasnya.
2) Sesiapa yang dijadikan mangsa ajaran sesat itu diajarkan secara rahsia tanpa disedarioleh sesiapa juga kacuali guru ajaran sesat, pengikut-pengikut mereka yang setia, dan orang-rang yang sangat rapat dengan mereka dan juga mangsanya itu.
Sumpah taat setia antara guru dengan orang-orang yang disesatkan dijadikan di mana dia berjanji tidak akan menceritakankepada orang lain. biar pecah diperut jangan pecah dimulut.Konsep rahsia ini kononnua diasaskan kepada ayat ai-Quran.
Dalil al-Quran:
Ertinya: Dan (Ingatlah) ketika kami mengambil pengajian daripada nabi-nabi dan daripada kamu (sendiri) daripada Nuh, ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan kami telah mengambil daripada mereka pengajian yang teguh.(Perjanjian yang teguh ialah kesanggupan menyampaikan agamakepada umat masing-masing). (Al-Azhab:7)
3) Mereka juga bergaul mesra dan memahami apakah keperluan seseorang yang hendak disesatkannay, andainya seseorang atau sesebuah masyarakat menghormati orang-orang alim, warak dan zuhud, mereka gunakan cara ini untuk mendapatkan penghormatan dan kepercayaan orang ramai sebelum menyesatkan mereka kemuadian hari.
4) Langkah yang selanjutnya ialah menimbulkan keraguan dan was-was syaitan terhadap kesucian ajaran Islam yang sebenar, teutamanya mereka akan memperkenalkan konsep amalan serta ajaran zahir, ditambah dengan persoalan-persoalan dan pengertian daripada huruf-huruf al-Quran dan sebagainya.
5) Semangat bercirikan Rasulullah SAW dengan menggantikan kecintaan kepada Adam a.s dan sebagainya atau wali-wali yang termasyhur, sehingga mangsa-mangsanya benar-benar ragu dan keliru sehingga hilang kepercayaan padaa diri sendiri dan ilmu Islam yang mereka telah pelajari selama ini. Justeru iru mereka terpaksa memerima ajaran sesat yang dipekenalkan daripada guru tersebut, kononnya untuk mempelajari ilmu yang sebenarnya.
Guru ajaran sesat sentiasa mengawasi agar orang yang telah disesatkan itu tidak berpaling tadah dan memberi penjelasan yang berterusan bagi memperkuatkan ajaran yang telah sesat itu dari masa ke semasa. Dia sentiasa sahaja melemparkan keraguan terhadap kebenaran ajaran agama Islam yang sebenar serta sentiasa memutar belitkan lagi ajaran Islam.
Prinsip-prinsip ajaran sesat itu disampaikandalam bentuk sealiran dengan ajaran Islam yang sebenar.Topeng yang digunakan itu amat logik dan berkesan sehingga kepalsuan ajaran sesat tidak dapat dilihat lagi, yang kelihatan ialah kebenaran semata-mata, dan mereka terperanjat apabila dikatakan belum Islam dengan alasan yang bernas dan Islam yang sebenar ialah ajaran sesat itu tadi. Justeru itu ajaran Islam yang sebenarnya mula menjadi kabur dan palsu belaka kepada mereka.
6) Setelah orang-orang yang disesatkan itu benar-benar telah sesat dan tidak mungkin berpaling tadah, barulah ajaran sesat yang sebenarnya disampaikan tanpa ada maksud yang tersembunyi, misalnya dipersembahkan konsep nikah batin, di mana guru guru ajaran sesat dapat memuaskan nafsu syahwatnya dengan melakukan hubungan seks dengan setiap bakal isteri-isteri seseorang yang telah menjadi pengikutnya, zikir-zikir tertentu disertakan dalam upacara itu dan anak yang lahir daripada perbuatan zina itu dinamakan anak yang soleh.
Dalil A-Quran:
Ertinya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk. (Al-Isra’:32)
Ibadah yang difardhukan kepada setiap orang Islam yang sebenarnya, secara beransur-ansur dikurangkan sehingga tidak perlu lagi dikerjakan, mencukupi sekadar menggalakkan beberapa amalan yang ditentukan oleh ajaran sesat itu. Akhirnya keseluruhan ibadah yang difardukan oleh Allah SWT terus dilupakan dan digantikan dengan amalan sesat.
KUNCI UTAMA CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT
Bagi menetukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat, ia didasarkan kepada;
1) Menyentuh akidah: Contohnya: Pengakuan manjadiNabi dan Rasul dalam suatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan daripada guru atau pengakuan daripada murid atau pengikut yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabi dan rasul atau wakil Nabi dan Rasul secara langsung
2) Menyentuh amalan.
Contohnya: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, jilad, halal kepada haram, uang haram dijadikan halal, sebagaimana yang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan ada zahir dan batinya. Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir kulit sahaja. Bagi orang yang sudah menikmati isinya maka tidak berhajat lagi pada menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan alhamdu sahaja kerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asara, Maghrib dan Isyak. Ada juga yang menolak kewajipan sembahyang jumaat dgn alasan:
a) Mereka sembahyang secara ghaib iaitu dengan para Wali Allah
b) Kononnya mereka tidak sembahyang di sini, tetapi sembahyang di Mekah
c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkanorang-orang awam yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.
d) Nabi bersolat dalam bahasa Arab bukanya dalam bahasa Melayu jadi solat jumaat tidak wajib ke atas dirinya serta pengikutnya.
Yang selanjutnye boleh bace sendiri kat buku ni........banyak ciri-ciri yang boleh kita kenal pasti pada penyebar ajaran sesat.....
No comments:
Post a Comment